Kereta Hot Wheels merupakan salah satu permainan unik yang ada di dunia, bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak, bahkan turut menarik minat orang dewasa. Baru-baru ini pengguna Twitter teruja apabila melihat gambar ‘Porsche KISAS’ yang dikongsikan oleh akaun Twitter @dehewaraspak.

Dalam ciapan itu, beliau berkongsi gambar bahagian hadapan dan belakang Hot Wheels custom Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Model kereta mainan itu menggunakan kereta Porsche 934 Turbo berwarna putih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Cikgu Adham, salah seorang tenaga pengajar di KISAS, juga individu yang bertanggungjawab membuat kereta custom itu menyatakan beliau membuat model kereta mainan itu sebagai hadiah buat rakan sekerja yang bakal bersara pada minggu ini.

“Saya tak sangka retweet anak murid saya boleh jadi viral. Model kereta Hot Wheels ini bukan untuk dijual. Saya custom khas untuk cikgu KISAS yang akan bersara pada minggu ini,” terang Cikgu Adham.

Tambah beliau lagi, aktiviti custom Hot Wheels ini merupakan terapi minda dan kepuasan diri sendiri. Selepas habis kelas, sambil menunggu ambil anak sekolah petang, beliau akan buat kerja-kerja custom itu.

Cikgu Adham menyatakan tempoh custom bergantung pada model kereta, jika guna cat asal dalam masa 2 hingga 3 jam sudah boleh siap. Sekiranya perlu tanggalkan cat asal dan cat semula warna baharu, ia boleh memakan masa sehingga 3 hari. Proses rekaan kad dan decal bahagian yang memakan masa paling lama sekali.

Apabila ditanya mengapa beliau memilih model Porsche 934 Turbo, Cikgu Adham menyatakan sebab kereta itu comel.

Ciapan asal guru KISAS itu menarik perhatian pengguna Twitter lain yang turut berminat untuk memiliki model Hot Wheels Porsche KISAS tersebut, lebih-lebih lagi para alumni sekolah berasrama penuh yang terletak di Klang, Selangor.

https://twitter.com/beriberiyahh/status/1574819666731491328?s=20&t=48xIDDJ_5QCSPsuT08hlTg

Cikgu Adham memberitahu The Vocket bahawa beliau akan hasilkan lagi model custom Porsche KISAS itu untuk dijual kepada para peminat Hot Wheels, namun kuantitinya tidak banyak.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya nanti, jangan lupa sentiasa refresh akaun Twitter Cikgu Adham supaya anda tidak terlepas model ini apabila available untuk dijual nanti.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.