Pembelajaran dalam talian sudah menjadi norma baharu bagi semua pelajar di Malaysia, tidak kira yang berada di peringkat universiti atau pun sekolah. Namun bagi guru, tiada perbezaan bagi mereka, norma baharu atau pun tidak, tanggungjawab mesti dijalankan.

Itulah yang dilakukan oleh Mujalifah Kassim, 39, yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sibu Jaya, Sarawak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdahulu, Mujalifah tular di laman sosial apabila difahamkan dia sering hadir ke rumah pelajarnya setiap minggu dan menunggu di bawah panas terik untuk menanda kerja rumah pelajarnya.

Dia memberitahu bahawa sebelum ini dia banyak menggunakan Google Classroom, Google Meet dan WhatsApp. Namun, kaedah ini masih ada kekangan.

Ketika ditemuramah oleh Harian Metro, Mujalifah menyatakan bahawa ini adalah inisiatif yang dijalankan olehnya bagi membantu para pelajar yang kurang bernasib baik dengan ketiadaan akses kepada teknologi.

Dia juga turut mengakui bahawa tidak mahu para pelajar ini rasa terpinggir kerana kekurangan mereka dan berharap kehadirannya ini adalah sebahagian daripada motivasi kepada mereka untuk terus belajar dalam keadaan yang serba baharu selepas wabak COVID-19 melanda Malaysia.

“Saya percaya setiap pendidik di negara ini memiliki rasa cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap pelajar mereka. Cinta inilah yang menjadikan kita pendidik untuk mengorbankan masa dan tenaga untuk pelajar kita,” katanya.

Terdahulu, seorang guru berkongsi hadiah yang bermakna sempena Hari Guru. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sebagai Cikgu, Inilah 7 Hadiah Yang Seronok Diterima Sempena Hari Guru

‘Ali Awak Buat Apa Ali?’- Telatah Wartawan TV3 Ditegur Cikgu Ini Buat Netizen Tergelak

Terima Sumbangan RM70,000 Dalam Masa Sehari Kerana Viral, Cikgu Ini Kongsi Kisah Sebenar ‘Makcik Maznah’