Siapa sangka minat terhadap sains dan menjadi cikgu yang mengajar subjek ini boleh membawa seorang guru menimba pengalaman mengikuti program kursus angkasa lepas di Amerika Syarikat. Itulah yang telah dilalui oleh Cikgu Suwiti Abd Ranee, guru matapelajaran sains di SK St Mary, Kuching, Sarawak.

Pada Jun lepas, Cikgu Suwiti bersama 14 lagi guru sains dari Malaysia telah dipilih untuk menyertai program Honeywell Educators at Space Academy (HESA) Programme for science teachers, di bawah anjuran bersama U.S. Space & Rocket Center (USSRC).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi Cikgu Suwiti, diberi peluang menyertai program ini merupakan satu perkara yang sangat mengembirakan beliau.  “Ini adalah antara kemuncak hidup saya sebagai seorang pendidik dan saya harap ilmu yang saya perolehi ini boleh dikongsikan dengan guru-guru lain dan anak-anak didik kami.”

latihan-astronaut-1

latihan-astronaut-2

latihan-astronaut-4

latihan-astronaut-5

latihan-astronaut-6

Cikgu Suwiti pada mulanya menyangka program ini hanya melibatkan aktiviti dalam kelas dan makmal sahaja. Namun ternyata sangkaan beliau jauh meleset apabila para peserta turut diberi latihan fizikal.

Melalui program ini, para peserta dibawa menyertai latihan dalam kelas serta di dalam makmal selama 45 jam, diikuti dengan eksplorasi angkasa di Alabama, USA.

Para guru ini juga dibawa menyertai latihan ‘astronaut-style exercises‘ seperti stimulasi jet berprestasi tinggi, scenario-based space missions, cabaran koding, latihan survival di darat dan air serta program interactive flight dynamics.

Daripada latihan yang diterima sepanjang program, boleh dikatakan mereka menerima 15% pendedahan dari latihan sebenar seorang astronaut.

Tentang bagaimana beliau boleh terpilih menyertai program ini, menurut Cikgu Suwiti beliau mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan menghantar permohonan.

Meskipun proses permohonan tidaklah begitu sukar, namun para pemohon dikehendaki menulis 3 karangan dalam Bahasa Inggeris tentang pengalaman serta cabaran yang dilalui sepanjang mengajar subjek sains. Graduan lulusan bidang software engineer ini juga turut mengajar Bahasa Inggeris di sekolah beliau.

Baca: Kami Sangat Teruja Melihat Angkasawan Pertama Malaysia Dengan Dokumentari Ringkasnya Di ISS

latihan-astronaut-7

latihan-astronaut-8

latihan-astronaut-9

latihan-astronaut-10

latihan-astronaut-11

Reaksi pihak sekolah dan murid

Apabila salah seorang guru dari sekolah mereka telah dapat menyertai program begini, ia pastinya secara langsung memberi impak kepada sekolah tersebut. Para guru terutama Guru Besar sangat gembira dan teruja selepas diberitahu tentang kejayaan Cikgu Suwiti yang terpilih untuk menyertai latihan astronaut di USA.

Selepas program berakhir dan beliau kembali ke sekolah, ia turut memberi rasa bangga kepada seluruh warga sekolah termasuk murid-murid. “Saya buat satu perkongsian dengan rakan sekerja dan semua murid semasa perhimpunan rasmi di mana saya kongsikan pengalaman saya dan gambar-gambar yang telah saya ambil.”

Impak positif daripada program ini

Ditanya tentang ini, ujar Cikgu Suwiti, “Secara peribadi, saya amat bersyukur kerana dapat menyertai pogram ini. Ia menyemarakkan semula semangat saya untuk mengajar sains dan memberi idea-idea baru dalam menanam minat kepada murid-murid untuk menerokai STEM. Pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan dalam program tersebut yang boleh digunakan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan bagi subjek sains.”

latihan-astronaut-12

latihan-astronaut-13

latihan-astronaut-14

latihan-astronaut-15

latihan-astronaut-3

Mahu berkongsi pengalaman dan ilmu dengan lebih ramai murid

Kini selepas program HESA berakhir, tiba masa bagi Cikgu Suwiti berkongsi pengalaman dan ilmu yang ditimba bukan saja dengan murid-murid di sekolah beliau, tapi juga di sekolah-sekolah lain.

“Saya akan membuat perkongsian dengan sekolah-sekolah lain sekitar Kuching untuk berkongsi pengalaman saya supaya guru yang berminat boleh membuat permohonan untuk program ini pada tahun depan.”

Cikgu Suwiti juga berharap agar perkongsian beliau nanti turut dapat membantu guru-guru lain menanam minat ke atas subjek sains kepada murid mereka. “Saya berharap dapat membantu para guru untuk menanam minat kepada anak didik kami untuk menerokai bidang sain dan teknologi supaya pada masa depan kelak kami boleh melahirkan jurutera angkasa dan angkasawan negara.”

latihan-astronaut-16

latihan-astronaut-17

latihan-astronaut-18

latihan-astronaut-19

latihan-astronaut-20

Baca lagi: Ini 9 Teknologi NASA Kita Sentiasa Guna Dalam Kehidupan Harian Tanpa Disedari