CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) mengambil keputusan menutup 23 cawangannya di seluruh Malaysia bagi mengurangkan perbelanjaan operasi dan menumpukan kepada perkhidmatan digital.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Menurut kenyataan yang disiarkan di Utusan, penutupan cawangan ini telah berlangsung sejak Ogos tahun lepas lagi. Sebanyak 22 cawangan telah pun ditutup dan satu lagi cawangannya yang masih beroperasi bakal ditutup menjelang akhir tahun 2016.

cimb

Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group berkata, pihak bank tidak bercadang untuk membuka sebarang cawangan baharu. Ini adalah kerana perkhidmatan perbankan digital adalah langkah untuk mengukuhkan kedudukan pasaran dalam negara.

Menurutnya lagi, pihak CIMB Group juga sedang giat memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan jumlah pelanggan.

Pelancaran perbankkan berkonsep mudah diakses seperti ini sesuai dengan perkembangan teknologi hari ini dan secara tidak langsung membantu memudahkan pelanggan serta memenuhi permintaan masyarakat.

Setakat ini CIMB Group mencatatkan pe­ningkatan untung bersih seba­nyak 1.7 peratus kepada RM1.67 bilion bagi enam bulan pertama ber­akhir 30 Jun 2016 berbanding RM1.66 bilion pada separuh pertama tahun lalu.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group