Begini cara peniaga berbangsa Cina menjalankan validasi ke atas produk yang mereka ingin jual.

1. Mereka pergi ke kilang. Minta produk mock-up dari kilang.

huawei-y9-prime-featured-1
HYPE
Dapatkan HUAWEI Y9 Prime 2019 Dengan Mudah Dan Percuma
Baca lagi →

2. Mereka bawa mock-up tersebut ke tempat (channel) di mana mereka mahu menjual produk tersebut. Paling mudah mereka validasi di kedai-kedai, outlet atau hypermarket.

3. Jika kedai, outlet atau hypermarket suka dan setuju dengan produk tersebut, baru mereka akan ke kilang dan teruskan tempahan untuk proses produk tersebut secara besar-besaran (volume).

Kaedah kita

Manakala kebanyakan kaedah yang di gunakan oleh kita pula adalah:

1. Hasilkan produk secara banyak.

2. Selepas produk dihasilkan, kita berjumpa wakil channel.

3. Tiba-tiba channel menolak produk kita atas sebab produk kita tiada permintaan.

4. Kita balik, merenung produk yang berlambak yang sudah dikeluarkan.

5. Cuba jual. Alhamdullilah, banyak yang boleh dijual, namun lagi banyak yang masih belum dijual.

6. Kesudahannya, produk yang tak laku terpaksa di sorok bawah katil.

Pelanggan

Walau apa sahaja produk yang kita fikirkan untuk di jual, yang paling penting sebelum produk tersebut adalah PELANGGAN.

Bagaimana kita mahu tahu produk kita mempunyai pelanggan?

Rujuk cara no. 1 yang digunakan oleh peniaga berbangsa Cina.

Bagaimana mereka minimumkan kos kerugian, dengan mengeluarkan satu produk contoh (mock-up).

Dan dengan produk contoh itulah mereka uji pasaran.

Jika produk ada permintaan – mereka untung.

Jika produk tiada permintaan — mereka tetap untung. Kerana kos yang mereka keluarkan cuma kos mock-up 1 produk sahaja.

Artikel di atas disumbangkan oleh Reni Rahmat. Usahawan. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka