Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau nama popularnya, Cik B berjaya membuat orang ramai tergamam dengan outfit of the day yang bernilai lebih RM100,000 – daripada topi yang berharga RM100.00 lebih kepada jam tangan yang menyamai harga sebuah kereta.

Pada 2 November lalu, Cik B telah berkongsi gambarnya bergaya dengan baju kemeja warna biru di laman Twitter dan Instagram miliknya. Sejak itu, netizen tampil berteka teki dengan harga dan nilai setiap barangan yang diperagakan oleh Cik B.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

El5YDfwU8AAkvAx

Tidak mahu netizen terus tertanya-tanya, Cik B tampil menjelaskan nilai setiap barangan yang dipakai olehnya di laman Twitter – Topi TNTCO bernilai RM160.00, cincin berjenama Gucci bernilai RM5,500, jam tangan Omega bernilai RM85,000, beg tangan berjenama Louis Vuitton berharga RM13,000, kasut Nike Air bernilai RM1,300 dan cincin emas bernilai RM13,500. Jika dicampur, ia mencecah sehingga RM118,460.

Kebanyakan netizen tergamam dengan pendedahan Cik B, ada sebahagian daripada mereka yang menyatakan bahawa harga cincin Cik B menyamai harga motosikal mereka. Manakala yang lain pula bergurau dengan meminta untuk bekerja dengan Cik B.

Screenshot 2020-11-04 at 12.23.26 PM Screenshot 2020-11-04 at 12.24.00 PM Screenshot 2020-11-04 at 12.24.26 PM Screenshot 2020-11-04 at 12.25.17 PM Screenshot 2020-11-04 at 12.25.46 PM

Terdahulu, Cik B dikritik oleh orang ramai apabila mengenakan fesyen yang pelik, namun dakwaan itu ditepis oleh ibunya, Dato Vida. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Fesyen Orang Lain Lagi Pelik’- Dato Vida Berang Netizen Kutuk Gaya Cik B

Cik B ‘Nailed It’, Tampil Dengan Gaya Anggun Hiasi Muka Hadapan Majalah Nona

Anda Mungkin Suka