Selepas terdedahnya lakaran konsep Avengers 4, nampaknya tajuk rasmi Avengers 4 pula terdedah kepada umum.

Menurut laman hiburan Omega Underground, pengarah cinematographer Marvel Studios, Trent Opaloch menyenaraikan filem-filem di bawah seliaannya dan paling baru beliau menambah tajuk filem Avengers 4 dengan ‘Avengers: End Game‘.

end game

Mungkin Trent terlepas pandang tentang perkara ini dan selepas screenshot ini mula tular, beliau menggantikan nama filem berkenaan kepada ‘Avengers 4’ sahaja.

Jika benar mereka akan menggunakan tajuk End Game, rasanya seperti kurang kuat. Mungkin ini hanya sekadar working title untuk Avengers 4 terlebih dahulu. Tajuk ini juga boleh disangkal kerana hadirin yang menghadiri ekspo CineEurope, mereka berkata tajuknya lain pula.

Jika Marvel mahu terus guna tajuk ini, janganlah mereka ambil lagu Taylor Swift ‘End Game’ ini sebagai OST. Memang tidak sesuai.