Filem pendek terbaru daripada Malaysia Airlines, “Lundang to Newcastle” ini mengisahkan kisah percintaan jarak jauh di antara Aadil Marzani, anak kelahiran UK-Malaysia di United Kingdom (UK) dan Nik Athirah, doktor dari Kota Bharu, Kelantan. Kisah pasangan ini mencuit hati dan membuktikan cinta tidak mengenal jarak beribu batu. Jalan penceritaan dipaparkan melalui sesi temubual sebenar dengan ahli keluarga dan rakan mereka. Walaupun terpisah beribu batu, cinta mereka tetap utuh dan bersedia ke arah jinjang pelamin.

maxresdefault
HYPE
Apa Yang Best Sangat Dengan Cabaran Red Bull Sehingga Menjadi Ikutan Netizen
Baca lagi →

Penamat filem pendek ini dengan ayat “And to all Malaysians, welcome home” pasti buat kita terharu apabila mengenangkan selamat menjejak kembali kaki di tanah air tercinta. Ayat itu hanya dapat dirasai oleh hati-hati perantau dan pengembara. Moga kita akan terus mendengar ayat itu buat tahun-tahun seterusnya dengan penerbangan Malaysia Airlines. Sentiasa dekat di hati, MAS simbolik kebanggaan rakyat Malaysia.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group