Kalau drama kat televisyen, selalunya kita mesti dihidangan dengan plot kena kahwin paksa, datuk kena handle projek berjuta-juta atau perempuan miskin jatuh cinta dengan lelaki kaya. Klise sangat semua tu, sampai jalan cerita pun dah boleh agak. Bila jumlah tontonan berkurang mulalah kata tak support industri tempatan.

Akan tetapi, tahukah anda mengenai sebuah aplikasi streaming atas talian, Viu? Laman penstriman yang memfokuskan drama Asia dari Korea Selatan, Hong Kong, China dan Malaysia pun ada juga tau. Apa yang menariknya, siri original tempatan (drama) yang diterbitkan di Viu sangat berbeza. Memang sangat berbeza daripada tipikal drama Malaysia!

Adaptasi drama Black ikut acuan tempatan!

drama-Black-Viu-Malaysia (1)

Bagi memberikan kelainan kepada pengemar cerita tempatan, Viu Malaysia sentiasa tampil dengan kelainan melalui siri yang diterbitkan. Selepas sambutan hebat siri Keluarga Baha Don, kini Viu tampil dengan siri terbaru Black. Kalau anda peminat k-drama anda mesti familiar dengan tajuk ni kan?

67217489_609593102903415_1159365561367075381_n-630×250

Menggunakan tajuk yang sama, siri adaptasi drama Korea ini telah pun dilokalkan dengan menggabungkan Mitologi Melayu supaya bersesuaian dengan kepercayaan masyarakat negara ni. Siri ini hanya akan ditayangkan secara eksklusif di Viu dan dibintangi oleh pelakon popular seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman dan ramai lagi.

Kamal Adli jadi orang bunian?

77103724_577291092843492_2593090939814138722_n-630×250

Seperti yang anda tahu, siri asal Black merupakan kisah sebuah drama fantasi cinta-seram mengenai Grim Reaper (Song Seung-heon) yang memasuki dunia manusia dan jatuh cinta dengan seorang wanita.

Tapi versi Malaysia ni lain sikit, konsep grim reaper telah ditukar kepada orang bunian (makhluk ghaib dari dimensi lain). Watak orang bunian yang bernama Black dalam siri ini dilakonkan oleh Kamal Adli. Black dalam satu misi yang menyebabkan dia terpaksa ke alam manusia untuk mencari rakannya yang sedang diburu.

IMG08535-630×250

Melanggar peraturan orang bunian, Black telah menghuni badan Malik, seorang pegawai polis yang telah mati dan menggunakan identiti Malik untuk memudahkan siasatannya. Jalan cerita menjadi lebih menarik apabila Black yang membenci manusia kerana cara primitif mereka telah terjatuh hati dengan Sofia lakonan Siti Saleha, seorang wanita yang berupaya meramalkan kematian.

Apa pengakhiran cinta dengan orang bunian?

Dipertengahan cerita ini, anda boleh tengok macam mana Black kecewa dengan dirinya kerana mula jatuh cinta dengan Sofia dan mampukah mereka kekal bersama kerana ia menjadi larangan di alam bunian untuk bercinta dengan manusia.

Di samping percintaan terlarang ni, satu kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan lebih 20 tahun telah membawa mereka kembali kepada kisah silam yang dikongsi bersama. Fuhh! Lain macam betul.

Jom Viu-ers, saksikan kesudahan Black hanya di Viu!

Haa.. Macam mana, anda mesti teruja kan nak tengok kesudahan kisah cinta terlarang Black dan Sofea serta apakah kisah silam yang mereka kongsikan tu?

Kalau anda nak saksikan siri Black ni jangan lupa tonton di Viu. Kalau anda takde aplikasi ni, cepat-cepatlah muat turun secara percuma di App Store atau Google Play Store

Anda boleh saksikan 4 episod pertama siri Black ni secara percuma, manakala lagi 4 episod kalau nak tengok anda kenalah subscribe dulu Viu premium okay!

Jangan risau yuran bulanan Viu premium ni hanya RM 10 je sebulan. Selain tu, terdapat banyak lagi tawaran yang lebih rendah bergantung kepada jenis pembayaran yang anda pilih.

Screenshot_20191226-134211_Viu-630×1021

Nak tau lebih lanjut tentang pakej pembayaran yang ditawarkan oleh Viu? Anda boleh checksemua ni di bahagian pembayaran di aplikasi Viu anda.

Jom download Viu, untuk strim pelbagai filem atau muat turun rancangan drama serta TV kegemaran anda, di mana dan pada bila-bila saja!

Tular baru-baru ini apabila program realiti TV, Gegar Vaganza musim keenam tampil dengan dua juara buat kali pertama dalam sejarah. Selain itu, Les’ Copaque baru-baru ini turut mengongsikan imej rasmi Upin & Ipin yang tampil dengan imej berambut.

Netizen Persoal Kemenangan Bersama Naqiu Dan Hady Mirza Di Gegar Vaganza 6

Les’ Copaque Kongsi Imej Rasmi Upin & Ipin Dengan Rambut