Siapa sangka angan-angan boleh jadi satu kenyataan. Inilah kisah seorang pengguna Twitter @SamadSaidWhaaat yang sangat menggemari roti Chocolate Chigiri dari myNEWS.

Bukan hanya sedap dan murah, roti Chocolate Chigiri ini menjadi kegemaran Samad dan beliau telah membuat ramai orang menyukainya dengan berkongsi akan roti tersebut di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya roti tersebut yang kini dikenali sebagai Roti Samad telah dijual oleh myNEWS di kedai-kedainya bermula 18 Mac 2020. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini tular di Twitter apabila beliau kongsikan myNEWS menghadiahkan beliau roti Chocolate Chigiri di rumahnya pada bulan Januari dan menamakan roti tersebut Roti Samad.

https://twitter.com/syazNEO/status/1240025076902158338

Sebenarnya pihak myNEWS  memberikan hadiah tersebut kerana beliau telah mencipta satu fenomena dimana ramai yang membeli roti Chocolate Chigiri selepas beliau kongsi di Twitter.

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana kini nama Roti Samad digunakan untuk roti tersebut, bukan? myNEWS telah berjanji jika perkongsian tentang Roti Samad meraih 10,000 retweets, mereka akan tukar nama roti tersebut kepada Roti Samad.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan berjaya mendapat 10,000 retweets, lalu myNEWS telah mengotakan janji mereka menggantikan nama roti tersebut.

Adakah anda sudah mencuba Roti Samad ini? Buat anda belum cuba, anda boleh dapatkan di kedai myNEWS berdekatan anda untuk nikmati rasa penuh coklat dan sedap roti ini.

Sementara itu, disebabkan sekarang Perintah Kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan, anda mungkin sedang kering idea untuk masak di rumah. Klik pautan di bawah untuk cuba resipi menarik.

Resipi Lazat Dan Ringkas ‘Classic Coney Dog’ Ala A&W Anda Patut Cuba

Resipi ‘Beef Prosperity Burger’ Ala McDonald’s Yang Lazat Dan Mudah Anda Kena Cuba

Resipi Roti Goreng Coklat Viral Yang Sedap Dan Mudah Anda Boleh Cuba

Sumber