Semua orang pandai untuk bermain permainan video tetapi tidak semua yang pandai untuk develop permainan video. Tidak semua faham cara untuk coding permainan video dan mempelajarinya juga mengambil masa.

Tidak bagi seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di mana keazaman beliau untuk menghasilkan permainan video sendiri diperlecehkan oleh sesetengah pihak. Semuanya bermula apabila adik Thaqif bertanya di PC Gaming Community (Malaysia) sama ada adakah orang ramai akan berminat jika beliau menjual permainan video ciptaannya sendiri dengan harga RM1.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Posting beliau mendapat respon pelbagai; ada yang memberi sokongan dan ada yang tidak sokong mengatakan grafik permainan video berkenaan ketinggalan zaman dan meniru game yang telah ada banyak di pasaran. Permainan video yang dibangunkan oleh adik Thaqif adalah permainan video first person shooter (FPS) di mana anda akan berperang dengan Zombie dan labah-labah.

Menurut laman Malay Reporter, adik Thaqif kemudiannya membuat posting baharu menyatakan permainan video yang diusahakannya selama beberapa bulan telah dibuang oleh pemilik kafe siber yang beranggapan adik Thaqif mahu memasukkan virus di kafe siber berkenaan. Adik Thaqif turut menambah permainan video berkenaan sudah 75% siap dan usahanya selama ini jadi sia-sia.

Adik Thaqif juga dikhabarkan akan menyambung pelajaran di sekolah tahfiz tahun hadapan. Pada masa sama beliau tidak putus asa dan turut gigih membantu ibunya dengan menjalankan perniagaan secara online seperti dropship dan sebagainya. Setiap hari adik Thaqif akan mengunjungi Pusat Internet 1 Malaysia untuk belajar menggunakan komputer di sana.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perkara ini diviralkan di laman Twitter dan mendapat perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq. Beliau mahu bertemu sendiri dengan adik Thaqif untuk mendengar idea adik Thaqif dan mungkin memberi sumbangan komputer untuk adik Thaqif menyiapkan permainan video pertama beliau.

Seiring dengan perkembangan dunia, Syed Saddiq melihat e-sukan adalah bidang yang perlu diberi tumpuan. Dengan Kejohanan Dota 2: Kuala Lumpur Major yang akan berlangsung tidak lama lagi, kita dapat lihat Syed Saddiq mahu memberi sokongan terhadap apa sahaja perkara yang melibatkan permainan video serta minat anak muda ketika ini.

Semoga adik Thaqif dapat menghasilkan permainan video pertamanya sedikit masa lagi. Jika sudah keluar nanti, anda jangan lupa beri sokongan. Semoga dipermudahkan urusan adik Thaqif. Untuk tonton sesi temubual adik THaqif, boleh tekan di sini. All the best!