Dalam kalangan rakan-rakan anda mesti ada yang terkenal dengan keretakan skrin pada telefon bimbit. Lagi-lagi yang pakai iPhone X. Lagilah nampak retaknya jika tidak dijaga dengan rapi.

Sedikit masa lagi anda tidak perlu risau jika telefon bimbit anda terjatuh kerana kini seorang pelajar kejuruteraan dari Jerman, Philip Frenzel berjaya menghasilkan ‘airbag’ untuk telefon pintar. Prototaip yang terhasil kini adalah hasil usaha kerasnya selama hampir 4 tahun dan telah “mengorbankan” sejumlah besar telefon pintar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Casing Airbag

Ciptaan Frenzel akan dilengkapi dengan sensor yang boleh mengesan pergerakan telefon pintar anda dan akan mengeluarkan spring logam secara automatik sekiranya ianya mengesan pergerakan sedang jatuh dari permukaan tinggi.

https://youtu.be/DuKeodISvNA

Pengeluaran produk ini dikhabarkan akan bermula bulan hadapan di laman Kickstarter. Jika anda jenis yang sering jatuhkan telefon anda ke lantai, produk awesome ini untuk anda.

Sumber