Ada di antara pembaca yang sudah mengenali Dr. Dhesi Raja, seorang doktor kesihatan awam dan epidemiologi yang berjaya mencipta aplikasi yang dapat menjangkakan wabak denggi terlebih dahulu. Susulan itu, beliau telah memenangi biasiswa untuk belajar di Singularity University di Silicon Valley.

Baca: Aplikasi Denggi Berjaya Membawa Doktor Malaysia Ini Sambung Belajar Di NASA Research Park

Jadi, pihak Vocket memutuskan untuk berkongsi perkembangan dan pencapaian terkini Dr. Dhesi setelah beliau menamatkan pengajian di sana.

Berikut merupakan antara highlight pencapaian beliau yang mengagumkan;

Graduan 5 teratas dari Singularity University

dr-dhesi-7

Berasaskan teknologi yang sama, Dr. Dhesi bersama-sama rakan sekelasnya di Singularity University telah menubuhkan kumpulan AIME (Artificial Intelligence in Medical Epidemiology) bagi menggunakan teknologi Artificial Intelligence untuk menyelesaikan masalah wabak penyakit berjangkit di seluruh dunia.

Mereka menamatkan pengajian mereka sebagai antara lima kumpulan teratas dari Singularity University, berhadapan dengan teknologis-teknologis terkemuka lain dari seluruh dunia.

Selain itu, AIME merupakan satu-satunya kumpulan yang terpilih dari Singularity University untuk menjalani FIX Program, iaitu inovasi lapangan di Brazil.

Semifinalis “World Changers” Forbes Under 30 Competition

dr-dhesi-2

Setelah menamatkan pengajian sebagai antara pelajar terbaik, kumpulan AIME juga turut tersenarai sehingga ke peringkat semi akhir untuk memenangi wang hadiah bernilai USD$1 juta di dalam pertandingan yang sangat elit, iaitu “World Changers”. Pertandingan itu dianjurkan oleh majalah kewangan terkemuka Forbes.

 

Menubuhkan Syarikat di Silicon Valley

dr-dhesi-3

Hasil dari kejayaan tersebut dan percaya dengan misi yang dibawa, ianya memberikan suntikan semangat kepada beliau. Maka, beliau bersama teman-teman sepasukan memutuskan untuk menubuhkan syarikat berdaftar di Silicon Valley.

Dengan ini beliau dapat  meneruskan misi untuk menjadikan dunia sebagai satu tempat yang lebih sihat dan selamat dengan memerangi mikroorganisma dan penyakit berjangkit yang berbahaya.

Membasmi Denggi di Brazil

dr-dhesi-6

Untuk misi pertama AIME, syarikat beliau telah dilantik oleh pihak Singularity University NASA Ames untuk membasmi wabak Denggi di Brazil. Tindakan ini penting untuk menjadikan Brazil sebagai hos Sukan Olimpik 2016 yang lebih baik dan selamat.

Menurut Dr. Dhesi lagi, syarikat AIME akan meramal dan menyelesaikan masalah influenza di Chile.

dr-dhesi-5

Di kesempatan ini, Dr. Dhesi Raja turut mengambil peluang untuk mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan menyokongnya dalam perjalanan beliau ini terutamanya kepada ECM Libra Foundation, Unimas dan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jadi, kami di Vocket mengucapkan tahniah kepada Dr. Dhesi atas kejayaannya dan semoga beliau dan rakan-rakan berjaya untuk misi-misi yang akan datang. Seharusnya beliau menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.

Jika anda ingin mengikuti perkembangan Dr. Dhesi, atau mahu mendapatkan maklumat-maklumat menarik berkenaan Exponential Medicine dan teknologi, bolehlah ikuti beliau di laman Facebook Dhezi Raja ataupun di akaun Twitter beliau di @dhesimd.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram