Akak, macam mana nak kenal skim cepat kaya ye?

Entah la dik. Akak pun tak pasti. Tapi masa mula belajar kewangan dan pelaburan dulu, sifu ada pesan skim sebegini punya ciri-ciri general seperti:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ciri 1: Pelaburan tanpa risiko dan keuntungan akan dapat cepat.

Fakta: Setiap pelaburan pasti ada risiko yang perlu ditangani. Sedangkan melabur di ASB, hartanah atau pembelian emas pun ada risikonya.

Ciri 2: Pulangan hingga terkadang 50% ke 100%.

Fakta: Wow! Kalau sebanyak ini kenapa agensi berwibawa seperti PNB, KWSP, Tabung Haji atau bank tak join skali?

Ciri 3: Pulangan dividen secara harian dan bulanan tanpa perlu bekerja.

Fakta: Institusi kewangan yang kukuh pun bagi dividen setahun sekali atau dua je.

Ciri 4: Ditawarkan komisen jika bawa ahli keluarga lain.

Fakta: Tentunya operasi sebegini menggunakan rakan atau ahli keluarga untuk menarik kepercayaan mangsa lain. Ya le, ahli keluarga kita akan fikir, tak kan kita nak tipu pula.

Ciri 5: Sentiasa pamerkan ahli syarikat yang berjaya menjadi jutawan siap pakai kot, neck tie bagai.

Fakta: Masyarakat perlu berhenti membuat keputusan kewangan berdasarkan individu tertentu. Pelaburan perlu dibuat berdasarkan ilmu.

Ciri 6: Kalau di antara jutawan itu ialah ustaz atau orang agama lagilah menyakinkan.

Fakta: Tidak semestinya. Sejak dulu berleluasa golongan mengaku ahli agama yang mengambil kesempatan menunggang pelbagai fatwa.

Ciri 7: Berbangga dengan produk syarikat mempunyai sijil halal JAKIM.

Fakta: Produk halal tidak menggambarkan operasi syarikat adalah sah di sisi undang-undang.

Ciri 8: Pelaburan tanpa perlu jual produk. Letak duit pastu goyang kaki dapat pasif income.

Fakta: Usaha tangga kejayaan. Kalau tak bekerja tapi dapat duit pun pelik juga.

Ciri 9: Kalau melabur nak kena mengaji quran check tajwid, belajar solat dan dengar ceramah tentang rezeki redha dan sabar ke atas ujian.

Fakta: Pelaburan adalah mengenai pengiraan digit dan kajian terhadap potensi serta risiko. Tidak ada kaitan dengan taranum atau bacaan tajwid.

Ciri 10: Mempamerkan wang sebukit, kereta mewah dan selfie depan banglo.

Fakta: Sesiapa saja boleh ber-selfie depan kereta mewah dan banglo Dato Vida. Gambar duit sebukit? Come on. Google kan ada?

Ciri 11: Tayang cek ratusan atau jutaan.

Fakta: Akak penah bergurau dengan ahli keluarga edit guna software bahawa akak dapat BR1M. Mengamuk mereka siap nak pergi mogok depan rumah PM Najib. Nampak tak? Cek palsu pun tentu boleh di-edit juga kan?

Ciri 12: Sentiasa berbangga syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Fakta: Sesiapa saja boleh daftar perniagaan. Pak Cik Zali meniaga satay dan Uncle Muthu jual putu mayam daftar SSM juga, tak kecoh nak bangga pun?

Pesanan kasih sayang akak:

? Elakkan perasaan teruja dan jangan mudah terpedaya.
? Berhati-hati walau yang mengajak itu ahli keluarga atau pun kawan.
? Lakukan kajian menyeluruh. Hubungi bank negara dan buat semakan terperinci.
? Konsep pelaburan adalah melabur wang lebihan. Bukan melebur bergolok gadai.
? Jauhi perasaan tamak. Jika tiada ilmu tabungkan saja di ASB atau Tabung Haji. Biar untung sedikit asalkan tidak tertipu.
? Ambil kira pendapat ketiga. Jangan terlalu fokus hingga tidak mendengar nasihat rakan atau ahli keluarga sekeliling.
? Ingatkan diri. Kita bukan orang kaya, jika pelaburan memerlukan pinjaman, elakkan saja duhai sahabatku sayang.
? Harapan akak, anda ingat pesanan kasih sayang akak. Bak kata iklan Loreal, kerana dirimu, begitu berharga.

Salam sayang.