Ditulis Oleh:
Raudzah Arippin
Suri Rumah
January 6, 2017 5:10 PM

Di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), suraunya juga adalah surau yang mesra OKU. Ada yang tertanya-tanya apa beza surau mesra OKU dan yang tidak?

Antara ciri utamanya surau HRC:
1. Mudah akses untuk pengguna kerusi roda. Tiada bendul tinggi atau tangga.
2. Tempat berwudhu’ yang muat untuk laluan kerusi roda juga serta tiada bendul atau jarak yang menyukarkan orang kurang upaya.
3. Mempunyai bar keselamatan (safety bar) pada dinding untuk kemudahan dan keselamatan OKU.
4. Lantai surau yang tidak berpermaidani supaya sesuai untuk laluan kerusi roda.
5. Juga kedudukan suis lampu dan kipas yang lebih rendah supaya mudah untuk capaian pengguna berkerusi roda.

Penambahbaikan di surau lain yang boleh dibuat:
1. Jika surau berbendul atau bertangga, perlu dibuat ramp.
2. Jika surau berpermaidani, mungkin boleh sediakan alas khas untuk pengguna berkerusi roda, atau bahagian khas yang tidak berpermaidani.

Lihat foto-foto surau mesra OKU di HRC yang sempat saya ambil ini.

1. Laluan masuk pintu surau yang tiada bendul langsung.

2. Ketiga tiga laluan, pintu masuk, laluan ruang wudhu’ dan laluan ke ruang solat, semuanya sesuai untuk laluan kerusi roda.

3. Ruang wudhu’ luas, lebih kurang 5 kaki untuk laluan pengguna berkerusi roda. Di dinding pun semua siap safety bar.

4. Tiada apa-apa bendul di pili air. Untuk elakkan air terpercik, di bawah paip dibuat seperti laluan air dan ditutup dengan jaring.

5. Dari ruangan wudhu’ ke ruang solat juga tiada bendul.

6. Surau hanya gunakan tiles. Biasanya waktu ramai di sini, boleh lihat ada jemaah yang berkerusi roda.

7. Lihat suis kipas, lampu dan pendingin hawa. Semua rendah kan? Bukan untuk budak-budak main tau.

Artikel di atas disumbangkan oleh Raudzah Arippin. Suri Rumah. Boleh ikuti beliau di sini.