Sebut mengenai surau atau masjid, pastinya orang ramai cukup faham untuk menjaga adab dan perlakuan sewaktu berada di rumah ibadat ini. Dalam pada itu, masih terdapat segelintir individu yang bukan sahaja tidak menghormati rumah ibadat, malah telah melakukan perkara tidak senonoh.

Menerusi perkongsian Twitter @InfoKuala, tular sebuah video yang dirakam menerusi CCTV yang memperlihatkan tindakan dua individu terdiri daripada dua individu yang saling bercium selepas menunaikan solat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/InfoKuala/status/1584904834389803010

Lebih menjijikkan, seorang daripada lelaki tersebut turut menyeluk tangan ke dalam seluar sebelum bersalaman dengan individu lain yang turut berada di surau tersebut.

Bukan itu sahaja, dua individu ini turut tidak mengedahkan ahli surau yang lalu lalang di surau berkenaan malah memilih untuk terus bercium sebelum beredar keluar daripada surau. Tindakan yang dilakukan telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya jijik dengan tindakan yang dilakukan di surau tersebut.

https://twitter.com/groovynna/status/1585116060063522816

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja menjatuhkan martabat umat Islam sendiri, malah bakal memberi imej buruk kepada rumah ibadat buat umat Islam dalam negara ini.