Honda Civic Type-R yang terbaru akan dipamerkan pertama kali di Geneva Motor Show dan Type-R memang antara kereta yang menjadi tumpuan di sana. Sejak model Type-R diperkenalkan buat 20 tahun yang lalu, edisi kali ini nyata mempunyai peningkatan daripada model Type-R yang sebelum ini.

Civic Type-R yang terbaru ini mampu mencecah kelajuan 170mph (270KM/J) dan menurut Honda, rekaan aerodinamik model terbaru ini bakal memberi pemanduan lebih hebat kepada pemandu. Peminat kereta Honda di Eropah lebih bernasib baik kerana model ini akan mula dipasarkan seawal bulan Mei tahun ini di mana kereta ini akan di pasang di kilang mereka di Swindon, England.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menarik tentang Civic Type-R ini ialah ianya mempunyai 3 jenis pemanduan; Comfort, Sport dan +R. Penukaran mod pemanduan ini akan mengubah response pemanduan, stabiliti, berat steering dan pick up. Jadi kalau anda nak layan bukit, mungkin boleh set pada mod Sport dan kalau nak pemanduan santai, setkan pada mod comfort.

Civic Type-R ini akan dikuasakan enjin 2.0l VTEC turbo yang bakal menghasilkan kuasa 320hp dengan kelajuan 6-transmisi. Hiasan dalamannya pula sangat cantik dengan gabungan warna merah dan hitam. Ianya bakal dijual di pasaran dengan harga 30 ribu pound (lebih kurang RM162 ribu). Mungkin boleh layan gambar Civic Type-R ini dahulu sementara anda cari cara untuk membelinya apabila ianya berada di pasaran nanti. Memang cantik kereta ini.

Sumber