Jika berlaku kemalangan, selalunya akan berlaku pertelingkahan sehingga ada yang melarat menyebabkan kecederaan antara pemandu-pemandu terlibat.

Bagaimanapun satu rakaman video kemalangan yang dimuat naik semula oleh Twitter @jllmisai mencuri perhatian netizen apabila seorang wanita menyelesaikan kes kemalangan yang dihadapinya dalam masa kurang 30 saat sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada awal video berkenaan kereta wanita yang mempunyai dashcam ini dalam perjalanan mahu membelok ke kanan di persimpangan jalan. Di hadapannya pula ada sebuah Perodua Myvi biru yang berada di lorong tengah sudah memberikan lampu signal untuk membelok ke kanan.

Apabila wanita itu menghampiri bersebelahan Myvi, kereta biru itu tiba-tiba masuk ke lorong kanan dan menyebabkan wanita itu merempuh bahagian kanan Myvi terbabit.

Hampir 20 saat wanita tersebut berdiam diri sejurus dia mengeluh melanggar Myvi berkenaan. Kemudian dia membuka tingkap dan mencadangankan untuk menyelesaikan kemalangan itu dengan baik.

“Tak apa claim I punya insurans sajalah. Nak pullover (berhenti) dekat mana?” katanya.

https://twitter.com/NrlNayliii/status/1639066420062617602?s=20

Tindakan spontan wanita itu membuatkan netizen geli hati pada masa sama memujinya yang tidak membawa kes kemalangan kecil itu berlarutan sehingga boleh mengganggu kelancaran aliran trafik.

Dalam pada itu netizen turut menegur tindakan Myvi itu melulu menukar lorong adalah salah, kerana cara yang betul pemandu perlu memastikan laluan itu selamat barulah boleh menukar lorong.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.