Pada Khamis lalu, konsert Billie Eilish telah berlangsung meriah di Stadium Nasional Bukit Jalil dan pastinya meninggalkan memori manis buat para penonton yang datang.

Terbaharu, tular di media sosial tangkap layar di sebuah platform menjual barangan terpakai yang ‘claim’ memiliki botol air dan juga handsocks milik Billie Eilish. Menerusi description, barangan tersebut didapati ketika konsert dimana mereka mendapatkannya dengan bantuan krew konsert.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/Junjulaiaugust/status/1560484806647218176

Apa yang mengejutkan adalah harga barangan yang dikatakan milik Billie Eilish tersebut dijual dengan harga yang agak mahal iaitu RM1,200 untuk botol air dan RM4,800 untuk handsock.

Hal ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak percaya bahawa barangan tersebut adalah milik Billie Eilish ketika konsert serta agak terkejut dengan kreativiti penjual yang menggunakan nama penyanyi tersebut demi mendapatkan untung.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa pelik kerana tidak mungkin begitu mudah untuk mendapatkan barang-barang tersebut walaupun menggunakan ‘bantuan’ daripada krew. Malah, rata-rata netizen juga mengatakan ia sesuatu yang merepek dan harganya dilihat terlalu melampau.

Sementara itu, ramai orang tidak berpuas hati dengan penganjur konsert Billie Eilish. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Pentas Kecil Dan Terlalu Jauh, Penonton Luah Rasa Kecewa Dengan Penganjur Konsert Billie Eilish

Gigih Beratur Seawal 4 Pagi Dan Berpanas, Peminat Billie Eilish Kongsi Keterujaan Hadiri Konsert