Sebut sahaja Sabah, pasti anda sudah terbayang kesedapan makanan laut dan keindahan alam semulajadi di sana. Malah, jika pelancong luar negara ingin melancong ke Malaysia, mereka akan memilih Sabah antara destinasi yang wajib mereka kunjungi.

Terbaharu, Setiausaha Luar Filipina telah membuat kenyataan bahawa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia jika anda ingin berurusan dengan Filipina.

Kenyataan itu adalah respons kepada perkongsian Twitter Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina berkenaan sumbangan 500 kit kebersihan diri kepada rakyat Filipina yang dihantar pulang oleh Sabah dan tiba di Zamboanga City dan Bongao di Tawi Tawi.

Oleh itu, Datuk Seri Hishammuddin membidas kenyataan Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr dan mengatakan kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Malah, beliau juga telah mengarahkan Wisma Putra untuk memanggil Duta Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose pada Isnin ini untuk menjelaskan isu tersebut.

Berikutan itu, perkongsian tersebut mendapat perhatian rata-rata netizen Malaysia dan Filipina. Menurut tinjauan kami, ada yang bersetuju dengan tindakan Datuk Seri Hishammuddin memanggil duta Filipina untuk isu ini dan ada juga yang mempertahankan kenyataan setiausaha luar Filipina.

https://twitter.com/jdsulit/status/1288508258278416386

Apakah pendapat anda apabila ada negara luar cuba untuk ‘claim’ sebuah negeri dalam negara kita sebagai hak mereka?

Tahukah anda bahawa bekas ratu cantik Sabah bertanding dalam PRU14? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Kenali Bekas Ratu Cantik Sabah Yang Bertanding Dalam PRU14

Kerana The Flash, Jenama Jam Tangan Dari Sabah Ini Mendapat Perhatian Dunia

Kisah Perjuangan Datu Tating, Pahlawan Sabah Yang Dilupakan