Supreme bakal mendapat suntikan kreatif daripada chief marketing officer (CMO) Converse, Julien Cahn apabila beliau bakal ke Supreme selepas melepaskan jawatan beliau di Converse.

Julien sebelum ini bekerja sebagai pegawai pemasaran di Nike sebelum dinaikkan pangkat ke CMO Converse pada tahun 2016. Tempat Julien bakal digantikan oleh Sophie Bambuck yang sebelum ini menjaga akaun Nike untuk pasaran Eropah, Timur Tengah dan Afrika Selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahun lalu, director rekaan Nike, Ken Link turut meninggalkan Nike untuk ke syarikat rival mereka, adidas. Rasanya siapa sahaja jika dapat peluang bekerja bersama Supreme, pastinya tidak akan melepaskan peluang yang terhidang. Pastinya Supreme akan jadi lebih hebat selepas ini.