Sekitar setahun yang lalu, CNN telah membayar sejumlah wang yang besar untuk membeli syarikat video produksi Casey Neistat iaitu Beme. Jumlah yang dipersetujui diantara kedua-dua pihak ini adalah sekitar $25 juta (~RM97 juta).

Berdasarkan perjanjian yang dibuat, CNN berharap Beme bakal menjadi platform untuk menyalurkan berita harian khusus buat anak muda. Dalam pada itu, idea ini seolah tidak menjadi setelah Casey Neistat dan CNN ternyata mempunyai masalah percanggahan idea yang sekaligus membuatkan Beme terkubur.

dscf3124

Casey Neistat melalui laporan terbaru mengatakan beliau tidak lagi mahu terlibat dengan Beme dan CNN serta mahu memfokuskan kepada video di channel YouTube beliau.

Berikut merupakan penjelasan lanjut daripada Casey Neistat mengenai isu yang melibatkan syarikat yang telah dibangunkan beliau. Teruskanlah berkarya Casey, vlog anda tetap menghiburkan kami.