Selepas New Era dan akan datang bersama adidas, Naruto bakal hadir dengan koleksi pakaian khas buat peminat setia siri manga ini. Kali ini bersama jenama hebat Coach dan aktor Hollywood Michael B Jordan.

Ini merupakan koleksi pertama antara Michael B Jordan dan Coach. Michael merupakan peminat setia anime ini dan Naruto sedikit sebanyak memberi pengaruh besar kepada Michael.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Koleksi Coach x Naruto bakal hadir dengan 18 rekaan berlainan antaranya jaket, baju t-shirt, hoodie serta bag. Setiap rekaan dihiasi dengan rekaan logo, watak dan motif daripada siri Naruto.

Michael B Jordan menerusi laman Instagram beliau berkongsikan pula jaket rekaan Coach dengan gambar Naruto dibelakangnya. Jaket hitam taktikal hitam yang dipakainya pula dilihat mengambil inspirasi daripada jaket yang dipakai oleh Kakashi.

Tidak pasti sama ada koleksi ini akan memasuki pasaran Malaysia atau pun tidak. Yang pasti, koleksi ini pasti akan sold out disambar peminat setia Naruto apabila ianya berada di pasaran kelak.

Ini pula rekaan tertiris adidas bersama Naruto yang dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi. Menarik untuk dipadankan bersama dengan koleksi edisi khas Coach ini

Pandang Pertama adidas Copa UltraBoost x Naruto ‘Kakashi’

New Era Malaysia Lancar Koleksi Khas ‘Naruto’

Anda Mungkin Suka