Kalau dalam industri makanan ringan dan minuman berperisa, memang tiada negara dapat menandingi Jepun. Anda boleh jumpa pelbagai minuman dalam tin dan cokelat berperisa unik yang hanya dikeluarkan khas di sana.

Kini anda bukan sekadar dapat membeli Coca-Cola biasa atau pun Zero, anda turut boleh mencuba Coca-Cola Plus, air kopi dengan kandungan kafein 50% lebih tinggi daripada Coca-Cola biasa. Ini bukanlah kali pertama Coca-Cola menjual kopi. Coca-Cola pernah mengeluarkan Coca-Cola BlāK untuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Namun kopi soda itu tidak begitu mendapat sambutan dan dihentikan dua tahun selepas ianya diperkenalkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laman Shin-Shouhin, Coca-Cola Plus tidak mempunyai bau seperti Coca-Cola biasa. Aromanya tidak begitu ‘sedap’ dan rasanya seperti Coca-Coca tetapi aftertastenya akan rasa seperti kopi. Namun selera orang berbeza-beza. Ada juga yang suka keunikan rasa Coca-Cola Plus ini.

https://twitter.com/bexere/status/907504902967934976

Coca-Cola Plus hanya dijual di vending machine di serata Jepun dan rasanya tidak susah pun hendak cari Coca-Cola Plus ini seandainya anda ke Jepun nanti. Kalau nak cuba buat sendiri pun boleh sebenarnya. Anda bancuh air kopi dan campurkan dengan Coca-Cola biasa. Nanti beritahu kami apa rasanya. Selamat mencuba.