Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penggemar kopi mungkin akan menjadi antara orang pertama yang mencuba perisa baharu daripada Coca-Cola ini. Coca-Cola berperisa kopi pertama kali diperkenalkan di pasaran Jepun. Kini syarikat pengeluar air berkarbonat terkenal itu mengambil keputusan untuk memperkenalkan perisa ini lebih meluas.

Gabungan rasa kopi dan Coca-Cola itu sendiri pasti akan mencetus rasa kesegaran dalam jangka panjang disebabkan kandungan kafein dan gula yang agak tinggi. Kajian sains juga membuktikan kandungan kafein mampu menghilangkan rasa mengantuk, menambahkan tenaga dan meningkatkan daya tumpuan seseorang.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

SEC_64195094

Pengenalan perisa baharu ini sekali lagi berjaya membuktikan kehebatan Coca-Cola sebagai syarikat paling inovatif. Coca-Cola berperisa kopi ni diumumkan bakal memasuki 25 buah negara menjelang hujung tahun ini. Namun setakat ini belum ada senarai negara yang menerima kemasukan perisa baharu ini.

Anda Mungkin Suka