Setelah berpuluh tahun tidak memperkenalkan perisa baharu, Coca-Cola akhirnya memutuskan untuk memperkenalkan dua perisa baharu yang bakal memasuki pasaran hujung bulan ini. Setakat ini dilaporkan dua perisa baharu ini hanya akan diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Coca-Cola akhirnya mengambil keputusan untuk memperkenalkan perisa baharu setelah melihat pertumbuhan jumlah jualan minuman berperisa seperti Vanilla Coke dan Cherry Coke. Dua perisa baharu yang akan memasuki pasaran hujung bulan ini ialah Orange Vanilla Coke dan Orange Vanilla Coke Zero Sugar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

orange-vanilla-coke

Sebelumnya, dua perisa ini telah diperkenalkan di Kanada dan mendapat sambutan yang memberangsangkan membuatkan Coca-Cola mengambil keputusan untuk memperkenalkan perisa ini dalam pasaran Amerika Syarikat sebelum ke negara lain.