Baru-baru ini Coca-Cola telah memperkenalkan siri Signature Mixers yang dihasilkan khas untuk orang dewasa.

Minuman itu dibuat oleh beberapa pakar mixologist dunia yang terkenal, dengan padanan semangat baik yang menggambarkan rasa unik Coca-Cola yang telah digabungkan dengan lebih dari 200 ramuan kontemporari dan tradisional untuk menghasilkan empat ramuan minuman asli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Coca-Cola Signature Mixers vckt

Empat ramuan minuman asli Coca-Cola Signature Mixers ini akan terdiri daripada Smoky Notes, Spicy Notes, Herbal Notes dan Woody Notes yang telah dihasilkan oleh beberapa pakar mixologist terkenal daripada London dan Barcelona.

Menariknya, bagi menghormati warisan jenama mereka, minuman Coca-Cola terbaru ini akan dijual di dalam botol kaca moden Hutchinson yang mempamerkan botol kontur yang telah sinonim dengan produk Coca-Cola.