Kehangatan filem Avengers: Endgame kian terasa setelah tayangan filem Captain Marvel mendapat sambutan dari orang ramai. Kini, Marvel Studios berkolaborasi sekali lagi dengan Coca-Cola tampil dengan Coca Cola Edisi Terhad.

Menariknya Coca-Cola Edisi terhad ini menampilkan 7 Avengers iaitu Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Black Widow, Hawkeye dan Captain Marvel pada tin minuman. Pastinya buat anda peminat adiwira tersebut tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi tersebut.

Untuk pengetahuan anda, koleksi edisi terhad ini dijangka akan dijual pada April sehingga Mei. Akan tetapi, sama ada akan dijual di Malaysia atau tidak masih belum diketahui. Marilah kita sama-sama nantikan.

52582816_389761551866161_4505255585013210568_n

Baca lagi: Pandang Pertama Koleksi Bata Heritage x Coca-Cola

Sumber