Coca-Cola Singapore Beverages mengecilkan saiz operasi pembuatan di kilang pembotolannya di Tuas, Singapura secara berperingkat-peringkat, mengikut perancangan penutupan operasi di lokasi itu pada Februari tahun hadapan. Tetapi menurut mereka lagi, firma itu akan melabur lebih $100 juta di Singapura dalam jangka masa 5 tahun, menurut laporan Business Times.

“Untuk memposisikan perniagaan dengan lebih berkesan demi perkembangan syarikat, Coca-Cola mengubah strategi di Singapura untuk memberi lebih penekanan terhadap perkhidmatan bernilai tinggi seperti teknologi baru, inovasi dan penyelidikan,” kata Stephen Lusk, Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola Singapore Beverages & Coca-Cola Bottlers Malaysia.

ChHNb-IU8AA3JSR
HYPE
5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah
Baca lagi →

Kira-kira 200 kakitangan akan terkesan dengan penutupan operasi kilang pembotolonnya di Singapura. Coca-Cola akan memindahkan operasinya ke Malaysia.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka