Coca-Cola Malaysia baru-baru ini telah memperbaharui kerjasamanya dengan rangkaian pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (GSC) menerusi perjanjian konsesi lanjutan. Hubungan yang termerterai ini sekaligus mengukuhkan lagi hubungan perniagaan strategik yang terjalin sejak tiga dekad.

Memorandum persefahaman itu telah ditandatangani hari ini oleh Encik Louis Balat Joseph, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan untuk Singapura, Malaysia, dan Brunei serta Puan Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas dalam satu majlis yang dilangsungkan di Aurum Theatre.

“Kami amat berbangga dapat meneruskan kerjasama strategik kami dengan GSC dan berkongsi ‘keajaiban’ bersama pengunjung pawagam melalui rangkaian minuman kami yang menyegarkan, selaras dengan falsafah ‘Real Magic’ kami.

Kerjasama ini juga melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh di antara Coca-Cola dan GSC,” kata Louis Balat Joseph, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan untuk Singapura, Malaysia dan Brunei.

Para peminat filem boleh menikmati bukan sahaja Coke yang sejuk, malah juga jenama popular lain dalam portfolio Coca-Cola seperti Sprite, Fanta, A&W, Ayataka, rangkaian Heaven & Earth dan minuman buah-buahan yang menyegarkan; Minute Maid Pulpy Orange.

Para peminat filem juga boleh memilih produk yang disediakan mengikut pesanan, seperti set kombo di kaunter atau set e-kombo pra-beli melalui Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC.

Coca-Cola dan GSC mengalu-alukan para pelanggan menyertai kempen terbaru sempena meraikan kerjasama strategik kedua-dua pihak di mana hadiah istimewa edisi terhad berupa sebuah skuter Vespa Coca-Cola yang unik dan elegan bakal menanti pemenang.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membelanjakan lebih daripada RM50 dalam satu transaksi untuk tiket wayang dan kombo Coca-Cola di pawagam GSC dalam tempoh promosi di antara bulan April hingga Mei.

Peminat motosikal dan skuter Vespa juga boleh melihat secara dekat motosikal kegemaran mereka yang bakal dipamerkan di lokasi-lokasi GSC terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman media sosial GSC.

Sebagai tanda penghargaan kepada kerjasama jangka panjang antara kedua-dua jenama ikonik tersebut dan bagi meraikan musim perayaan Aidilfitri, GSC bakal menganjurkan sebuah pameran wayang kulit yang menarik di Aurum Theatre, The Gardens Mall dari 31 Mac sehingga 8 Mei.

Dizahirkan oleh artis visual kontemporari tempatan dan pengasas bersama Fusion Wayang Kulit, Tintoy Chuo, pameran itu menggambarkan kisah dan evolusi perkongsian antara kedua-dua jenama tersebut, dengan sentuhan moden dalam tradisi yang diceritakan melalui seni wayang kulit.