Disney/Pixar’s Coco menyaksikan kisah pengembaraan kanak-kanak berusia 12 tahun, Miguel yang ingin menjadi seorang pemuzik. Miguel mahu menjadi pemuzik handalan sama seperti moyangnya, Ernesto De La Cruz. Namun keluarganya menghalang Miguel daripada meneruskan impiannya kerana ingin Miguel meneruskan bisnes turun temurun mereka iaitu menjadi tukang membuat kasut.

Namun, Miguel berpeluang untuk kembali bertemu dengan para nenek moyang beliau yang sudah mati dan mencari jawapan tentang asal usul beliau yang sebenarnya. Jadi bagaimana filem ini secara keseluruhannya? Adakah ianya sekadar kartun untuk anak anda atau anda pun boleh layan sekali? Bagaimana Miguel boleh pergi ke dunia orang yang sudah mati? Itu anda kena lihat sendiri.

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →

Coco akan membawa anda mengenali perayaan Day Of The Dead (Dia De Los Muertos), sambutan masyarakat Mexico mengenang ahli keluarga yang mereka yang telah mati. Keluarga sangat penting bagi setiap masyarakat di Mexico dan disebabkan itu perayaan ini disambut setiap tahun.

Dalam Coco, Pixar memasukkan budaya dan perayaan masyarakat Mexico yang ramai tidak tahu. Tetapi Pixar dengan jayanya menghasilkan sebuah karya yang sangat hebat sambil memasukkan nilai kekeluargaan yang pasti membuatkan anda lebih rindu dan sayang keluarga anda selepas anda menonton filem ini. Anda kena tengok sendiri dan baru anda tahu betapa seronoknya menonton filem ini.

Coco 1

Saya memang peminat muzik gitar klasikal dan dalam filem ini, memang penuh dengan lagu-lagu yang mengasyikkan. Filem-filem Disney/Pixar memang tidak pernah gagal kalau bab lagu ini. Semuanya awesome. Nanti akan ada babak di mana salah satu watak Hector memainkan gitar untuk anaknya. Berair jugalah mata sewaktu babak itu. Patutlah Disney bagi tisu untuk setiap tiket tayangan perdana semalam. Memang akan ada momen yang touching kalau anda benar-benar menghayati filem ini.

Dalam filem ini anda akan dihiburkan dengan haiwan peliharaan Miguel, Dante yang sentiasa bersama Dante dari dunia manusia sehingga ke dunia kematian. Anda pasti terkejut peranan Dante ini. Nampak macam anjing jalanan, tetapi Dante adalah lebih daripada itu.

dante

Filem ini penuh warna warni walaupun di alam kematian. Dari segi warna, memang meriah dan anak kecil akan sukakannya. Ditambah lagi dengan lawak-lawak tak dijangka yang diselit dalam filem ini. Memang penuh gelak tawa. Dan cerita ini juga tidak straight forward. Ada twist yang akan buatkan anda kata WOW. Rupanya ada rahsia yang disimpan Ernesto De La Cruz.

Nilai murni yang diketengahkan dalam Coco juga dapat di-relate kan dengan kehidupan seharian kita. Salah satunya jangan putus asa mengejar impian kita walaupun ada yang menghalang atau tidak percaya dengan impian kita itu. Satu lagi nilai semestinya sayang kepada keluarga. Sebab tanpa keluarga, siapa yang akan mengingati anda jika anda sudah tiada nanti. Itulah apa yang Disney mahu ketengahkan dalam filem ini.

Coco adalah sebuah filem yang fun dan sesuai untuk semua peringkat umur. Saya sangat sukakan filem ini dan sekali lagi saya sangat menghargai muzik klasikal dalam ini. Memang best. Saya beri rating 9/10 untuk filem ini. Jangan lupa bawak anak buah anak kecil anda menonton Coco hujung minggu ini!

Anda Mungkin Suka