Bersempena dengan musim bunga yang berlangsung di beberapa buah negara, Starbucks Malaysia pada kali ini telah melancarkan beberapa menu baharu buat khusus buat para peminat terdiri daripada kek dan minuman.

Tiga minuman yang dilancarkan pada kali ini terdiri daripada dua minuman terbaru iaitu Starbucks Cocoa Cloud Macchiato, Starbucks Salted Caramel Frappuccino beserta minuman yang pernah menjadi pilihan peminat sebelum ini iaitu Starbucks Salted Caramel Cloud Macchiato.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, pihak Starbucks turut memperkenalkan dua hidangan istimewa buat para peminat terdiri daripada Starbucks Raspberry Ribbon Cream Croissant dan kek Starbucks Chocolate Feuilletine.

Selain itu, pihak Starbucks turut menawarkan kad Starbucks edisi Cherry Blossom 2022 yang boleh diaktifkan dengan minimum RM80 dan juga kad Starbucks edisi Spring Seasonal 2022 yang boleh diaktifkan dengan tambah nilai minimum sebanyak RM30.

Para peminat Starbucks ingin cuba minuman yang enak dan menyegarkan ini, anda boleh mencubanya dengan harga penawaran bermula daripada RM18 menerusi cawangan Starbucks seluruh negara bermula 22 Feburari ini sementara stok masih ada.

Starbucks Perlis pada Disember lalu pernah menjadi bualan netizen selepas para pelanggan dilihat sanggup beratur panjang demi menjadi antara yang terawal.

Penangan Starbucks Perlis, Pelanggan Sanggup Beratur Panjang Demi Jadi Yang Terawal

Starbucks Rancang Naikkan Harga, Dakwa Terkesan Dengan Inflasi Dan Pandemik