Ramai sebenarnya yang menantikan buah tangan terbaru daripada band Coldplay. ‘A Head Full Of Dreams’ merupakan album terakhir mereka yang dikeluarkan pada tahun 2015.

Namun, semalam Coldplay memberi hint kemungkinan besar mereka akan melancarkan album terbaru yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Hint tersebut juga sangat simple; mereka cuma menukar Profile Picture di Facebook dan sudah pun buat peminat setia teruja.

Lebih menarik dan misteri adalah hanya logo ‘Bulan & Bintang’ muncul sebagai Profile Picture berkenaan yang mirip rekaan bulan dan bintang yang terdapat pada bendera Malaysia.

Bukan sahaja peminat dari Malaysia yang teruja, peminat dari negara yang turut mempunyai bulan dan bintang pada bendera negaranya seperti Nepal, Turki, Singapura, Tunisia dan banyak lagi turut sama menyatakan keterujaan apabila melihat gambar ini. Malah, rakyat Indonesia juga turut serta meraikannya kerana di negara mereka terdapat parti politik ‘Partai Bulan Bintang’ yang turut sama menjadikan bulan & bintang sebagai logo parti mereka.

Pada ketika ini, menurut sumber rekaan seni ini merupakan teaser untuk album terbaru Coldplay, Experimental. Yang pasti, teaser ini banyak membantu dalam memberitahu peminat bahawa mereka akan hadir dengan album terbaru tidak lama lagi.

Bercakap tentang album, ROJAK merupakan album terakhir buat Faizal Tahir. Anda boleh lihat sendiri betapa uniknya box set album ROJAK ini.

Lihat Cara Sempoi Faizal Tahir Promosi Album Terakhir Beliau ‘ROJAK’

Yuna Terharu Peminat Sanggup Merantau Jauh Untuk Beli Albumnya Di New York