Siapa sangka model pertama daripada jenama terkemuka dunia, Converse ada di Malaysia. Salah satunya berada di tangan collector yang di kini berada di Kelantan, Jeroong Wia.

Wia sangat dikenali dalam scene Converse tempatan kerana memiliki beberapa model rare Converse dari tahun 1960, 1970 dan 1980. Beliau kini mahu melepaskan model paling berharga yang ada dalam koleksinya kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya.

Kasut yang mahu dilepaskannya adalah model Converse Non Skid yang dihasilkan pada tahun 1917. Ia masih lengkap tetapi ada bahagian yang sudah reput antaranya bahagian tali kasut dan juga tapak.

Menurut Wia, kasut ini adalah untuk collection item di mana ia molek untuk dijadikan perhiasan dan tidak digalakkan untuk dipakai. Tetapi jika tuan baharu mahu mahu menyarungnya, tiada masalah.

Kasut ini nanti turut hadir bersama-sama dengan sepasang seluar pendek basketball berserta pelindung lutut bagi permainan basketball pada suatu ketika dahulu dan seluar tersebut bertarikh 1916.

converse free gift
Seluar serta pelindung lutut sukan basketball satu ketika dahulu

Mengikut kisah tuan asal empunya kasut ini, seluar dan pelindung lutut ini dijumpai bersama-sama kasut ini dan disimpan bersama. Sehinggalah suatu hari beliau mengalami masalah kesihatan dan terpaksa terpaksa menjual segala hartanya yang ada.

Sepasang model original kasut ini berada di muzium Converse di Boston dan berada dalam simpanan rapi pihak mereka. Jadi ini peluang anda untuk memiliki model yang sangat jarang ditemui dan Wia membuka harga tawaran RM40,800 untuk menjadi pemilik baharu kasut Converse 1917 ini.

Tidak cukup dengan itu, pembeli akan menerima 3 lagi pasang kasut Converse dari tahun 1950,1960 dan 1970. Mungkin di mata sesetengah orang yang kurang faham mengeji akan kondisi kasut ini yang ibarat ‘kasut buruk’ dan lebih baik beli kasut baharu yang ada di butik. Tetapi bagi pencinta/pengkaji tentang sesebuah vintage sneakers, ini bukan sekadar kasut. Ia adalah sejarah.

Sesuatu item vintage itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Sekiranya anda berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan model ini, anda boleh hubungi terus saudara Wia di sini.

Sebelum ini, tular tentang seorang collector dari Malaysia yang memiliki kasut vintage Nike Moon Shoe yang bernilai RM1.8 juta. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pengumpul Dari Malaysia Ini Antara Pemilik Nike ‘Moon Shoe’ Bernilai RM1.8 Juta

Kasut Nike Yang Pernah Dipakai Michael Jordan Terjual Pada Harga RM2.4 Juta