Siapa sangka selepas 17 tahun dilancarkan, Nokia bakal melancarkan semula model ikonik mereka iaitu Nokia 3310. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan pertama kali sebuah model dilancarkan semula setelah hampir 2 dekad mula dijual di pasaran.

Buat bekas pengguna Nokia 3310 atau yang pernah menggunakan model ini setidaknya bermain game Snake II, pastinya anda tahu betapa lasaknya telefon ini. Tidak hairanlah telefon ini mempunyai pelbagai gelaran sesuai dengan sifatnya yang tidak rapuh seperti smartphone model terkini.

Dikatakan Nokia 3310 yang bakal dilancarkan tidak lama ini bakal hadir dengan versi yang sedikit moden. Spesifikasi apa yang bakal dikemaskini masih menjadi rahsia buat Nokia sebelum mula dilancarkan kepada umum.

Memandangkan Nokia 3310 ini sudah mempunyai ‘peminat’ yang tersendiri, Nokia merancang untuk mengeluarkan model ini dengan harga yang sedikit mahal berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan. Harga yang diumumkan adalah sekitar €59 (~RM279.09). Sememangnya harga yang masih mampu milik buat mereka yang ingin mengembalikan nostalgia menggunakan Nokia 3310.

Sama-sama kita nantikan bagaimana Nokia bakal bawakan semula model 3310 yang dikatakan versi lebih moden yang bakal diumumkan hujung Februari ini. Kami harap Nokia masih kekalkan composer. Sebuah aplikasi untuk menggubah lagu monotone. Terubat juga rindu kami sebagai bekas pengguna.

Sumber