Dilantik menjadi Perdana Menteri Kedua Malaysia pada tahun 1970 sehingga 1976 serta menjadi anak kepada Orang Kaya Indera Syahbandar (O.K.I.S) yang kesembilan berjaya meletakkan Tun Abdul Razak sebagai orang kenamaan pada waktu tersebut.

Difahamkan Tun Abdul Razak sejak sebelum menjadi Perdana Menteri sehingga menhembus nafas terakhir pada tahun 1976 telah mendiami di sebuah rumah yang menjadi kediaman rasmi beliau bertempat di Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rumah tersebut walau bagaimanapun telah diserahkan kepada Arkib Negara Malaysia dalam membolehkan orang ramai melawati kediaman mantan Perdana Menteri ini secara percuma.

Sehubungan dengan itu, seorang pengguna TikTok @dyzullsophy tampil berkongsi kepada orang ramai pengalaman beliau membuat house tour di rumah agam yang luas dan mewah ini.

@dyzullsophy

Bunglow tinggal sangat menyeramkan 😭😭 #rumahtinggal #berhantu #tunrazak #najibrazak #fyp

♬ HORROR SOUNDS – ElasoArt

Menerusi perkongsian yang dilakukan, para netizen seolah kagum dengan rekaan rumah agam ini yang tampak sangat klasik dan mendamaikan. Tidak kurang juga yang lebih tertumpu kepada saiz ‘comel’ bilik Dato’ Sri Najib Razak sewaktu kecil. Terdapat juga netizen yang baru saja mengetahui bahawa rumah ini sedia untuk dilawati secara percuma.

Sumber: TikTok @dyzullsophy
Sumber: TikTok @dyzullsophy

Sekiranya anda mahu mengetahui melihat dengan lebih dekat kediaman yang pernah didiami oleh keluarga Tun Razak, anda boleh melawatinya di Tun Abdul Razak Memorial, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Tular pada minggu ini apabila CEO BubbleBee ini menunjukkan ‘hasil’ tembok rumah yang tidak kukuh serta mudah dijatuhkan hasil kerja pemaju.

‘Tolak Sebelah Tangan Pun Jatuh’ – CEO BubbleBee Ini Dedahkan ‘Kualiti’ Tembok Rumah Yang Dibangunkan

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Puas Hati Rakyat Kelantan Lebih Bahagia Berbanding Selangor