sLain negara, lain cara pengguna jalan raya memberikan isyarat berterima kasih kepada kenderaan lain. Jika di Jepun, pengguna jalan raya akan mengelipkan hazard light, manakala di Malaysia pula kita automatik akan mengangkat tangan sebagai isyarat berterima kasih.

Namun baru-baru ini seorang lelaki langsung tidak menyangka merakam seorang pemandu memberikan ‘extra’ dalam isyarat berterima kasihnya. Dalam rakaman video dashcam berdurasi 26 saat itu, Mohd Ridzuan telah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah hospital swasta di sekitar Bangsar untuk memberi laluan kepada pengguna jalan raya lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semasa sebuah MPV melalui di hadapannya, pemandu kereta itu membuka tingkap mengangkat tangan lalu memberikannya ‘mini love‘ kepadanya.

Kejadian itu sememangnya mencuit hati netizen. Mana tidaknya, selepas mengangkat tangan, secara tiba-tiba pemandu itu membuat isyarat tangan comel itu yang dipopularkan oleh artis K-POP yang kini menjadi ikutan dunia.

Ramai menyatakan beruntung betul kedua-dua pihak saling berjumpa pada waktu itu kerana seorang sangat bertolak-ansur, manakala seorang lagi pula ‘membalas budi’ dengan memberikan isyarat berterima kasih yang menyenangkan hati ramai.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

“Harap perempuanlah, kalau lelaki mohon tarik balik mini love segera,” seloroh pemilik dashcam berkenaan.

“Nampak saiz tangan macam milik seorang lelaki. Namun lihat pada saiz kenderaan yang dipandu, tidak mustahil pemandu itu sudah berkeluarga. Hati-hati itu bang,” jawap pula orang ramai.

Dalam pada itu, orang ramai memuji sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemandu dan berharap sikap sebegitu dapat diterapkan pengguna jalan raya lain juga.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Orang ramai terhibur melihat seorang wanita ‘duduk sopan’ selepas tergelincir kerana lantai kedai baru dimop oleh rakan sekerjanya. Tonton lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Jatuh Pun Sopan’ – Netizen Terhibur Dengan Telatah Wanita Ini Yang Tergelincir Membawa Makanan

Tenang Dan Bersahaja, UAI ‘Speaking’ Dengan Minah Saleh Tentang Ibadah Korban Raih Perhatian Netizen

Kagum Dengan Pakaian Penggusti Malaysia, Anak Mat Saleh Gembira Dapat ‘Hadiah’ Tanjak

 

Sumber