Tidak pernah ada kata terlambat untuk mencari ilmu walaupun usia sudah lanjut dan tiada batasan umur tetapi hanyalah kesanggupan kita untuk melakukan ia ataupun tidak.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @itsaizajustmint telah berkongsi sebuah video menunjukkan proses pembelajaran neneknya belajar mengeja dengannya dan neneknya tetap gigih berusaha belajar walaupun ada beberapa perkataan yang silap.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@itsaizajustmint

School time with Grandma at home. I know my Tok would’ve love learning at school ☺️ #grandmasoftiktok #learningisfun

♬ New Home – Frozen Silence

Menerusi video itu, difahamkan nenek itu terpaksa berhenti sekolah ketika masa muda. Akan tetapi, ia tidak menjadi penghalang untuk nenek terbabit belajar ketika ini walaupun umur sudah meningkat.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji kegigihan nenek tersebut yang masih mahu belajar mengeja walaupun sudah tua.

Bukan itu sahaja, para netizen turut terhibur melihat pemilihan perkataan cucunya untuk dieja oleh nenek terbabit dan juga ramai orang berkongsi berasa rindu kepada nenek mereka selepas melihat video tersebut. Ketika artikel ini ditulis, video ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan lebih 200 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Mat Saleh Mampu Bertutur Pelbagai Bahasa Mengalah Bila Wanita Ini ‘Kecek Kelate’

Tidak Puas Hati Isu Perniagaan, Remaja Perempuan Ditikam Kunci Kereta Sehingga Cedera