Ada ketikanya kucing ini boleh menjadi makhluk yang paling baik dan sopan namun ada juga waktunya mereka ini akan menjadi terlalu garang dan sukar untuk dimanjakan.

Terutamanya bila kita mahu memandikan dan membersihkan mereka seperti video Si Comel yang sangat garang ini di Twitter. Mula dikongsikan sejak hujung minggu lalu, video kucing berkenaan yang seakan-akan marah bila dipegang sudah pun mencatatkan satu juta tontonan di Twitter.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Undang ‘ketakutan’

Walaupun hanya berdurasi 2 minit 16 saat sahaja, namun video telatah kucing berkenaan berjaya mengundang perasaan ‘takut’ atau cuak dalam kalangan netizen yang menontonnya.

Bukan sahaja ada yang berkongsikan pengalaman hampir sama namun ada juga yang menyatakan mereka tidak boleh bekerja atau melakukan seperti apa yang dibuat petugas pusat jagaan kucing berkenaan.

Buat anda yang tertanya-tanya apakah yang dilakukan petugas-petugas ini sehingga membuatkan kucing berkenaan marah, ia sebenarnya sedang melalui proses untuk dimandikan.

Kucing berkenaan yang dikenali sebagai Benjy difahamkan melakukan proses berkenaan dek kerana mempunyai masalah bulu bergumpal dan terlalu panjang.

Buat pencinta kucing di luar sana, baca juga perkongsian kami mengenai  pemilihan makanan dan formula yang diperlukan Si Comel anda melalui pautan di bawah. 

Pelbagai Formula Dan Perisa, Hadiahkan Si Comel Anda Makanan Kering SmartHeart

Mudah Dan Berkesan, Ini Tip Untuk Anda Mengeratkan Hubungan Dengan Si Comel

SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda

Anda Mungkin Suka