Mula diperkenalkan pada tahun 1995, game Command & Conquer: Red Alert berjaya mengumpul peminatnya sehingga kini. Pencapaian yang berjaya diperoleh melalui game ini sekaligus meletakkan game ini sebagai lagenda sepanjang tiga dekad ini.

Melihat kepada jumlah peminat yang masih bermain serta meminati konsep game ini, EA baru-baru ini telah mengumumkan mereka bakal mengeluarkan kembali Command & Conquer: Red Alert daalam definisi 4K. EA turut menjanjikan pengekalan gaya permainan yang sama serta ditambah dengan beberapa fungsi terbaru.

Untuk pengetahun anda, Command & Conquer: Red Alert telah berjaya dijual sebanyak 30 juta unit setakat tahun 2009 dan difahamkan jumlahnya terus meningkat sehingga kini.

Sumber