COMME des GARÇONS PLAY pada tahun ini sekali lagi mengumumkan kerjasama bersama Converse sempena koleksi terbaru. Dua warna yang dipilih adalah warna putih dan warna hijau gelap.

Terdapat dua pilihan yang untuk kolaboratif terbaru ini iaitu model high cut dan low cut. Dari segi rekaan, logo ikonik CDG PLAY telah memilih untuk memaparkan logo secara overload di kedua-dua bahagian tepi kasut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini, tiada lagi tarikh rasmi bila kasut ini bakal mula dijual oleh Converse. Dalam pada itu, akan tetapi ramai peminat meramalkan koleksi ini mungkin bakal dijual pada bulan ini juga. Buat anda yang meminati rekaan Converse, ini mungkin kolaborasi yang anda boleh cuba dapatkan. Harga yang tinggi antara yang dijangkakan sempena koleksi kolaborasi ini.