Bagi peminat jenama Comme Des Garçons dan Vans, ini merupakan berita baik buat anda. Hal ini kerana model kolaborasi Comme Des Garçons dan Vans Authentic akan mula dijual bermula 27 Oktober ini.

Melalui koleksi ini, kasut yang dihasilkan dihiasi dengan warna putih dan dipenuhi dengan cetakan ‘CDG’. Malah, terdapat cetakan timbul ‘CDG’ di bahagian atas, dan ianya didatangkan bersama tali kasut berwarna putih yang sepadan dengan midsole berwarna putih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Koleksi CDG x Vans Authentic ini hanya boleh didapati di butik-butik Jepun terpilih dan harga koleksi tersebut adalah ¥14,000 Yen (~RM519).

Comme-des-Garçons-x-Vans-Authentic-CDG-Release-Date-2

Comme-des-Garçons-x-Vans-Authentic-CDG-Release-Date-1