Kemenangan besar awal hari ini yang diperoleh oleh Conor McGregor ke atas Donald ‘Cowboy’ Cerrone di UFC 246 menjadikan beliau layak memperoleh RM7.9 juta dalam masa satu saat.

Jumlah keseluruhan yang diperoleh oleh McGregor adalah RM300 juta, lapor Lad Bible.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, beliau sebenarnya hanya memperoleh RM12 juta sahaja untuk UFC 246 kali ini. Tetapi jika ditambah jumlah keseluruhan wang yang dijanjikan penaja jika beliau menang, maka keseluruhannya adalah RM300 juta dalam masa 40 saat.

40 saat? Ia mungkin kedengaran seperti gila, tetapi ini bukanlah kali pertama beliau melakukan perkara tersebut. Terdahulu, beliau memperoleh kemenangan terhadap Jose Aldo dalam situasi yang sama.

Dalam kemunculan pertama setelah berehat panjang, serangan pertama McGregor mendarat tepat di hidung lawannya sebelum serangan kedua menyusul pada celah sarung tangan Cerrone – tumbukan itu hinggap terlalu tajam sehingga patah hidung Cerrone.

Sepakan kaki kiri menyusul selepas itu kena tepat pada rahang lawannya – seorang veteran berumur 36 tahun.

Seterusnya disudahi dengan hujan pukulan ke arah Cerrone yang hanya mampu rebah di tepi jaring gelanggang.

McGregor jelas memberi gambaran bahawa beliau bukanlah orang yang mampu dikalahkan. Kali terakhir kita melihat beliau adalah Oktober 2018, lalu 15 bulan kemudian muncul kembali untuk menunjukkan bahawa beliau tegas dalam menyampaikan kemenangan.

Dan hari ini beliau lakukan dalam masa 40 saat dan lebih manis apabila kemenangan ini hadir pada hari pertama kemenangannya.

Ini adalah kemenangan pertama McGregor di UFC sejak menewaskan Eddie Alvarez di UFC 205, 12 November 2016. Antara perjuangan menentang Alvarez dan Cerrone, McGregor dikalahkan oleh Khabib Nurmagom

Awal minggu ini, beliau menyatakan minat untuk bertemu dengan Khabib Nurmagomedov – McGregor tewas dengan Khabib pada Oktober 2018. McGregor mahu satu perlawanan tinju dengan Mayweather dan Manny Pacquiao.

Antara lawan yang beliau mahu tewaskan adalah Khabib, dikatakan bahawa mereka akan menentang di Moscow. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Conor McGregor Sedia Tewaskan Khabib Di Moscow

Anda Mungkin Suka