Kerana minat yang mendalam producer siri hebat Game Of Thrones David Benioff dan Dan Weiss dalam sukan UFC, mereka telah mengesahkan berita yang pastinya akan mengembirakan peminat siri ini; fighter ternama Conor McGregor akan membintangi siri Game Of Thrones!

Bintang UFC Lightweight Champion dan UFC Featherweight Champion itu kini sedang berehat daripada sukan UFC dan tidak mempunyai masalah untuk berlakon dalam siri ini. “Ianya sudah dipersetujui bahawa McGregor akan membuat penampilan dalam satu musim Game Of Thrones,” kata satu sumber kepada Belfast Live.

NOTE 10 MKBHD
HYPE
5 Penambahbaikan S Pen Samsung Note10 Yang Jadikannya Lebih Gempak Berbanding Sebelum Ini
Baca lagi →

Presiden UFC, Dana White turut mengesahkan berita ini dalam Fox Sports Live. “Saya sudah tahu beberapa bulan yang mereka mahukan McGregor dalam siri ini. Saya gembira ianya jadi kenyataan. Ianya pasti hebat untuk McGregor dan siri ini, kata Dana.

Menurut satu sumber, McGregor dikhabarkan akan menjadi sebahagian krew kapal The Silence, milik watak Euron Greyjoy. Kapal ini digelar The Silence dalam siri ini kerana Euron akan memotong setiap lidah krew kapal miliknya sebagai tanda setia kepada Euron. McGregor terkenal dengan mulut becoknya dan pastinya sangat menarik untuk melihat watak McGregror dalam siri ini sebagai seorang yang tidak boleh bercakap.

Dalam musim ke-6 siri ini, watak Euron semakin berkembang dan dengan kehadiran McGregor, watak anak kapal The Silence pastinya akan menjadi lebih penting dalam episod dan musim yang mendatang. Terdahulu, McGregor ada memuat naik video di Youtube beliau berlatih bersama ‘The Mountain’. Adakah akan menjadi kenyataan antara McGregor dan The Mountain dalam siri ini? Sama-sama kita nantikan.

Anda Mungkin Suka