Conor McGregor memang seorang yang licik dan pandai buat duit. Sejurus sahaja Khabib Nurmagomedov menewaskan pencabarnya, Dustin Poirier di UFC 242, Conor terus menulis Tweet ini yang beliau mahu rematch dan tewaskan Khabib di negara kelahiran Khabib, Rusia.

Ianya satu cabaran yang berani kerana sehingga kini, Khabib masih mengekalkan rekod 28 perlawanan tanpa kalah. Lebih-lebih lagi, UFC 243 akan berlangsung di Rusia dengan 80,000 penonton dijangka akan menghadiri acara tersebut.

Namun, bagi presiden UFC, Dana White beliau beranggapan ada individu yang dilihat lebih layak untuk menjadi petarung Khabib di acara UFC seterusnya. Tony Ferguson dilihat paling sesuai untuk menjadi lawan Khabib yang seterusnya di UFC 243 nanti.

“Ya, beliau adalah lawan seterusnya untuk Khabib jika beliau setuju untuk berlawan,” kata Dana. “Saya juga menyedari bahawa Conor juga mahu kembali ke gelanggang dan mencabar Khabib. Saya tahu peminat mahu melihatnya berlaku. Itu kita kena tunggu dan lihat,” tambah Dana.

Ferguson kini sudah memenangi 12 perlawanan tapan kalah dan menjadikan beliau calon paling sesuai untuk bertarung dengan Khabib. Ada yang beranggapan Conor sengaja berseloroh kerana mahu menumpang ‘populariti’ kemenangan Khabib dan kembali menjadi perhatian dunia.

Khabib juga tidak akan berlawan dengan Conor sekiranya ianya berlaku kerana beliau tidak mahu berlawan kerana duit. Beliau mahukan perlawanan sebenar. Khabib memang seorang fighter sejati!

Pada UFC 242, Khabib menerima pujian dunia kerana secara spontan akan menyalurkan sumbangan kepada badan amal milik Dustin Poirier. Klik juga pautan di bawah untuk berita UFC yang lain.

Khabib Pilih Untuk Menyumbang Dalam Kerja Amal Yang Dilakukan Pihak Lawannya

Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor Di UFC 229

Lihat Bagaimana Khabib Berlatih Bersama Beruang Ketika Berusia 9 Tahun