Superstar Irish ini mengejutkan peminat-peminat MMA seluruh dunia apabila hanya mengambil masa 13 saat untuk menumbangkan Jose Aldo untuk muncul juara UFC featherweight.

Punch2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ramai peminat yang menunggu perlawanan utama UFC 194 ini mengharapkan satu pertarungan sengit namun sebaliknya berlaku.

Bekas juara, Aldo tidak pernah KO sepanjang kariernya dan tidak pernah kalah sejak 2005, memang 18 pertarungan berturut-turut untuk menjadi salah seorang lagenda featherweight dalam sejarah MMA.

Tapi, ia hanya memerlukan satu tumbukan tangan kiri daripada McGregor unntuk menumbangkan Aldo dan mencipta sejarah – 13 saat KO merupakan penamat paling pantas dalam sejarah kejuaraan UFC.

Selepas kemenangannya, McGregor berkata, Aldo sememangnya seorang yang laju dan power tapi ketepatan menewaskan power, jangkaan masa yang betul menewaskan kelajuan. Itulah yang dapat disaksikan pada video di bawah.

Conor McGregor Tumbangkan Jose Aldo Dalam Masa 13 Saat

Bagaimana McGregor tumbangkan Aldo dalam masa 13 saat. Cerita penuh: http://vckt.co/1m06zlf

Posted by The Vocket on Sunday, December 13, 2015

Aldo pula mahukan rematch segera selepas tewas tapi hanya bos UFC saja yang dapat merealisasikan perlawanan semula. Tidak mungkin dalam masa terdekat.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram