Selepas mengeluarkan reka bentuk yang cool hasil kerjasama dengan Joy Division dan PLEASURES, jenama kasut US ini bakal kembali dengan hasil warna warni Chuck 70 Hi “Egret / Multi”.

Apa yang lebih menarik, kasut ini bakal mendapat sentuhan corak hidup swirls psychedelic warna warni.

original

original-5

Disembur dalam warna warni merah jambu, biru, kuning dan oren menyelimuti setiap ruang kasut – corak yang bakal membuatkan pemakainya kelihatan lebih berani.

Bagi mengimbangi warna kasut, Converse bertindak bijak dengan mengeluarkan tali kasut berwarna krim yang membaluti dari atas sehingga ke bawah melalui setiap lubang perak yang menjadi tanda rasmi mereka.

original-6 original-4

Penggemar Converse mungkin akan ditangkap pandangan mata dengan patch All-Star Converse berwarna hitam dan disulam kemas di sisi kasut.

Semua butiran ini duduk dengan cantik dibawah tapak yang menjadi lambang kepada kasut keluaran US ini.

Untuk pengetahuan semua, Chuck 70 Hi “Egret / Multi” boleh didapati di sneakersnstuff.com pada 16 Disember ini dengan harga RM412.00.

Converse Japan Perkenalkan Model Chuck Taylor All-Stars ‘See-Through’

Converse Lancarkan Koleksi ‘Bloom In Season’ Khas Buat Para Gadis

Converse Perkenalkan Model ‘Chuck Taylor 70 High’