Model Chuck Taylor x Off White™ ini antara model yang dicari collector kasut Converse terutamanya. Batch pertama untuk model ini laris seperti goreng pisang panas tahun lalu .

Converse mengesahkan akan menjual kembali model ini dan tarikh untuk kasut ini berada di pasaran telah diumumkan dan akan dilancarkan di butik Converse terpilih seluruh dunia pada 10 Mei depan.

Rekaan pada model Chuck Taylor ini mengikut konsep Nike ‘The Ten’ dan akan dijual pada harga 130 pound (RM708+-). Jika anda sudah kumpul semua model ‘The Ten’, kena beli model ini pula untuk melengkapkan koleksi khas Virgil bersama Nike.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group