adidas baharu sahaja memperkenalkan but bola serba baharu, Copa 19+ yang diambil inspirasi daripada but legenda adidas, Copa Mundial. Model Copa Mundial diberi nafas baharu dengan rekaan serta teknologi moden yang akan sentiasa memastikan pemakai selesa dan dapat beraksi dengan hebat sepanjang 90 minit di atas padang.

Model Copa Mundial diperkenalkan buat pertama kali di kejohanan Piala Dunia 1982 Sepanyol dan menjadi antara kasut yang terjual paling banyak dalam sejarah adidas. Zinedine Zidane dan Zico antara legenda bola sepak yang pernah dilihat menyarung model ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Copa 19+ diperkenalkan secara rasmi di Milan minggu lalu dan penyerang Juventus Paulo Dybala dipilih untuk menjadi wajah utama untuk but terbaru adidas ini. Menarik tentang but Copa 19+ ini adalah ianya tidak bertali; sarungkan sahaja dan anda sudah bersedia untuk beraksi di padang.

copa 19+ inside 2

copa 19+ inside 3

Pihak adidas mengambil masa yang lama untuk menghasilkan model Copa 19. Sejenis material baharu digunakan untuk Copa 19 yang dikenali sebagai Fuse Skin. Fuse Skin merupakan evolusi daripada kulit kangaroo yang digunakan untuk menghasilkan but Copa Mundial sebelum ini.

adidas Copa 19+ ini dipakai buat pertama kali oleh Dybala ketika perlawan Champions League menentang Manchester United baru-baru ini. Copa 19+ sudah berada di pasaran dengan harga jualan $275 (~RM1,152) dan sudah boleh dibeli secara atas talian.