Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Komposer Sirkhan Danial semalam memuat naik sebuah gambar di Instagram miliknya mendakwa sebuah kumpulan dari Indonesia, Symphony Band telah meniru lagu nyanyian Haqiem Rusli yang bertajuk Tergantung Sepi.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Beliau turut mendakwa mengatakan lagu yang diberi judul ‘Pergi Saja’ itu cuma diubah lirik dan tajuk sahaja sementara hampir keseluruhan melodi meniru lagu asal nyanyian Haqiem Rusli.

Tambahnya lagi, band dari Indonesia itu baru sahaja ditubuhkan dan membuka akaun YouTube mereka pada 7 September lalu.

Haqiem Rusli juga turut berkongsi posting milik komposer tersebut tetapi tidak menulis sebarang komen; hanya meletakkan emoji senyum sahaja di Instastories beliau.

Lagu ‘Pergi Saja’ tersebut merupakan ‘karya’ seorang komposer Indonesia yang dikenali sebagai Rivi mengisahkan tentang sepasang kekasih yang terpaksa berpisah kerana menderita penyakit berbahaya.

Walau bagaimana pun, video lagu tersebut telah dipadam di akaun YouTube kumpulan tersebut. Netizen mahu label Haqiem Rusli, FMC Music untuk mengambil tindakan tegas berkenaan isu ini supaya perkara seperti ini tidak akan berulang lagi di masa akan datang.

Terdahulu kecoh di media sosial, animasi upin ipin diciplak negara sebarang. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Animasi Dari Indonesia Tiru Upin Dan Ipin?

Wanita Ini Kongsikan Bagaimana Karya Novel Beliau ‘Diciplak’ Dan Dijual Pihak Ketiga